26 November 2011

Sharifah Shahira Tarik Diri Dari Suria FM?


Sharifah Shahira Tarik Diri Dari Suria FM?

KL, 18 NOV 2011: Sudah menjadi resam dunia, tiada siapa boleh memuaskan hati semua pihak. Setiap apa yang berlaku, pasti ada saja orang yang akan tampil ke hadapan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati.
Begitulah juga terjadinya selepas berakhirnya kaji selidik AC Nielson yang sekali lagi mengumumkan radio Sinar FM sebagai radio nombor satu pilihan pendengar.
Berikutan dari keputusan itu, radio yang terus menunjukkan peningkatan dari jumlah pendengar iaitu Suria FM juga terus ceria dan akan terus memasang strategi untuk memegang status radio nombor satu.
Disebalik keceriaan itu, Murai Batu mendapat tahu, pihak pengurusan Suria FM sudah pening kepala apabila mendapat tahu, penyampai radio mereka yang mengendalikan slot pagi iaitu Sharifah Shahira bakal menarik diri dari meneruskan kerjaya tersebut. Eh! Kenapa pula?
Murai Batu mendapat tahu, pelakon yang lebih dikenali dengan nama Shira itu dikatakan sudah penat dengan komitmennya untuk bangun terlalu awal demi melengkapkan keperluan pekerjaan itu.
Sungguhpun penyertaan Shira dalam pasukan Halim Othman dan Zizi banyak membantu program pagi itu, Shira yang pada awalnya menandatangani kontrak selama enam bulan, telah pun disambung kontraknya sehinga setahun. Malah khabarnya akan meninggalkan surat perletakkan jawatan.
Walaubagaimaimanapun, Shira dimaklumkan belum lagi memberikan kata putus, sama ada mahu menyambung kontraknya ataupun tidak, kerana kariernya sebagai pelakon dan pengacara sudah semakin terjejas.
Timbang tara untuk teruskan atau tidak tercetus apabila periuk nasi Shira sebagai pelakon dikhabarkan semakin kurang dan segala tawaran sebagai pengacara sudah tidak datang kepadanya, kerana dia adalah penyampai radio Suria FM.
Amboi takkan sampai macam begitu sekali?
Atas dasar itulah, Shira dikatakan mengambil cuti selama seminggu untuk berehat. Dalam masa yang sama, Shira dikatakan mahu memikirkan jawapan adakah dia patut meneruskan kerjaya sebagai penyampai radio ataupun tidak.
Jadi, sekarang ini, pihak Suria FM masih belum mempunyai kata putus dari Shira. Dalam kata lain, mereka masih bermain tarik tali.
Oleh sebab itu jugalah, pengurusan Suria FM telah mengambil tindakan lebih awal dengan mengundang Amy Mastura untuk menggantikan seketika tempat Shira. Namun, ianya masih belum muktamad lagi kerana Amy dimaklumkan hanya sedang dalam proses latihan saja.
Apapun, Murai Batu sendiri merasakan, Shira sebenarnya tidak kisah andai kata dia tidak menjadi penyampai radio. Mana taknya, nama Shira pun sudah gah di persada seni tempatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...