26 December 2012

AKSI SKODENG YANG SELAMBA (18X)



Terbaekkkk,.....























18 October 2012

permohonan kolej vokasional dan sekolah teknik 2013


Permohonan Kolej Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah teknik (SMT) 2013-online

Memetik daripada pemberitahuan daripada Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia telah memaklumkan bahawa Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2013 telah dibuka pada 24 September 2012


permohonan sekolah teknik dan vokasional 2013 permohonan kolej vokasional dan sekolah teknik 2013


Pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 dan berminat menyambung belajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2013 bolehlah membuat permohonan sekarang

Untuk membuat permohonan,sila layari pada tajuk pautan dibawah

Pada laman terbabit pemohon boleh menjelajah menu capaian antaranya


  1. Permohonan/Kemaskini
  2. Info Permohonan seperti Syarat Kelayakan dan informasi lain di laman Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
  3. Senarai Sekolah

Dalam perkara berkaitan mengenai info kemasukan sila klik sini
Sebarang maklumat lanjut pemohon dinasihatkan melayari Portal KPM di url http://www.moe.gov.my

16 October 2012

Pembedahan Menggunakan Tangan (Video)



Memang sukar untuk mempercayai apabila terdapat doktor yang mampu melakukan pembedahan tanpa menggunakan sebarang alatan. Apa yang mereka gunakan adalah tangan sahaja.
Seperti kebiasaannya, seorang doktor apabila ingin melakukan pembedahan perlulah menggunakan alatan yang telah disediakan seperti pisau, gunting dan sebagainya. Namun di Malaysia dulu pernah ada seseorang mendakwa mampu membedah menggunakan tangan tanpa meninggalkan parut. Namun akhirnya perkara itu terbongkar kerana ia hanyalah permainan silap mata. Mereka menggunakan hati ayam,hempedu dan pelbagai lagi organ,kononnya itu adalah tumor atau ketumbuhan dalam perut. Tetapi apa yang berlaku ini benar. Mereka melakukan pembedahan dengan hanya menggunakan tangan



Gambar Hiasan – Cara normal menggunakan alatan pembedahan


Boleh tonton video di bawah ini.

Sebenarnya agak sukar untuk mempercayainya. Namun setelah melihat video ini ia seperti seakan-akan betul. Namun ia secara jelas bertentangan dengan etika sebagai seorang pegawai perubatan. Segala perkara yang berkaitan tentang pembedahan perlu dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan

Top 10 Pemandangan Paling Menarik Di Dunia


Salam sejahtera wahai para pembaca blog Katak Comel yang disayangi. Kali ini, penulis ingin menunjukkan 10 jenis gambar pemandangan tempat menarik yang wujud di muka bumi ini. mari terjah...




















21 September 2012

Filem Hina Islam Innocence Of Muslims

Filem dan dokumentari menghina Rasulullah S.A.W dan Islam secara keseluruhannya berulang kembali.Filem Innocence of Muslims yang di arahkan oleh pengarah filem berketurunan Israel Sam Bacile menimbulkan kemarahan umat Islam sehinggakan seorang diplomat Amerika Syarikat terbunuh dalam serangan di Libya.Dan atas sebab ini jugak,Amerika Syarikat akan membalas serangan kematian Christopher Stevens yang disahkan terbunuh dalam serangan roket ke atas pejabat konsul di Benghazi,Libya semalam.Ini bukan kali pertama Islam dihina dengan pengunaan filem.Pada tahun 2004,Theo van Gogh pengarah berusia 47 tahun dari Belanda telah mengeluarakan sebuah filem bertajuk 'Submission" yang menceritakan tentang ketidakadilan Agama Islam terhadap hak wanita dan mempersendakan secara terang-terangan kesucian Islam. 

innocence of muslim 

Theo van Gogh kemudiannya di tembak dan ditikam di bahagian dada oleh Mohammed Bouyeri seorang muslim campuran Belanda-Morocco berusia 26 tahun pada 2 November 2004.Dan kemudiannya pada tahun 2005,sebanyak 12 karikatur Nabi Muhammad SAW dalam sebuah akhbar di Denmark telah disiarkan dan menimbulkan kemarahan Umat Islam di seluruh dunia.Kemudian pada 27 Mac 2008,sebuah Filem pendek berjudul Fitna telah di siarkan di Internet oleh ahli parlimen Belanda Geert Wilders pada 27 Mac 2008.Geert Wilders dalam filem Fitna ini melabelkan Nabi Muhammad S.A.W sebagai ‘orang gasar dan fidofilia’ dan Wilders menyamakan Islam dengan fasisme .Kitab al-Quran disamakan dengan buku Mein Kampf milik Adolf Hitler.Kemudiannya pada tahun 2012 ini sebuah filem Innocence of Muslims oleh Sam Bacile yang menelan kos sebanyak (RM15.3 juta) yang mendapat bantuan dana 100 orang dermawan Yahudi.Apa masalah dengan dia?Kononnya Islam bagi diri dia seperti satu cancer dan filem ini sebagai satu elemen provokatif yang menunjukkan Islam itu sememangnya berunsurkan keganasan.

Sehingga kini, setiap negara di dunia telah mengadakan kempen anti filem Innocence of Muslims untuk memerangi filem tersebut daripada terus berleluasa di dunia.
 





11 September 2012

Wajah ganjil bayi lahir tanpa otak hadapan dan tengkorak (anencephaly)


Sebenarnya fenomena wajah ganjil bayi tanpa sebahagian besar otak dan tengkorak yang dipetik daripada berita di bawah ini bukanlah sesuatu yang ganjil sangat kerana ia merupakan sejenis kecacatan semasa kelahiran yang terjadi di beberapa tempat di seluruh dunia dengan peratus yang rendah.
Fenomena atau kecacatan kelahiran ini dikenali sebagai anencephaly atau “tiada otak”. Ia terjadi disebabkan oleh kecacatan tiub neural biasa semasa bulan pertama kehamilan, iaitu antara 23 – 26 hari kehamilan, selalunya sebelum seseorang wanita itu tahu ia hamil.
Dalam peringkat perkembangan janin ini, tiub neural gagal untuk tertutup sepenuhnya. Ini menyebabkan bayi yang lahir tidak mempunyai sebahagian besar otaknya, termasuk otak hadapan serta serebrum. Bahagian lain otak ditutupi oleh tulang atau kulit sahaja. Bayi yang lahir ini akan pekak, buta dan tidak rasa sakit, dan tentunya tidak dapat hidup lama.
Anencephaly adalah disebabkan oleh faktor kecacatan genetik atau ibu hamil yang terdedah kepada toksin sekitaran seperti plumbum (lead), kromium, merkuri dan nikel yang mempengaruhi perkembangan tiub neural embrio.
Oleh itu, bagi mengurangkan risiko kecacatan semasa lahir (seperti spina bifida, anencephaly, atau kecacatan jantung seperti jantung berlubang, masalah injap jantung, dsb), ibu-ibu yang hamil sangat disarankan mengambil suplemen asid folik yang berfungsi mempercepatkan pertumbuhan sel dan tisu, terutamanya semasa beberapa minggu terawal kehamilan.
Bayi Wajah Ganjil Dilahirkan di Nigeria
Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak ganjil tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.
Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan.
Pesuruhjaya Kesihatan Negeri Ekiti, Dr. Wole Olugboji mengesahkan kelahiran bayi tersebut.
“Terdapat seorang wanita yang melahirkan seorang bayi ganjil di Hospital Besar Iyin. Bayi itu sudah meninggal dunia tetapi ibunya okey,” katanya.
Menurutnya, ubat sedatif diberikan kepada ibu itu supaya dia tidak sedarkan diri selepas melahirkan anak tersebut bagi memastikannya tidak melihat anaknya yang ganjil.
Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera.
Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya.
Bayi itu tidak mempunyai otak.
Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.

Gambar Ilusi Yang Pelik Tapi Menarik


Gambar ini boleh dikatakan ilusi atau 3D....entahlah....yang penting ianya menarik, harap korang terhibur..










9 September 2012

(VIDEO)Jelmaan Misteri Di Stesen Keretapi Jepun

Kali ini mari kita lihat sebuah video yang menggegarkan dunia maya. Sebuah video yang menunjukkan seorang perempuan yang dikatakan hantu dengan jelas, walaupun kebenarannya masih diragukan. Video ini memperlihatkan sekumpulan anak muda Jepun sedang menunggu keretapi di sebuah stesen sambil berbual, namun video tersebut berubah menjadi seram setelah seorang teman merasakan sesuatu yang ganjil. Dia pun menunjukkan tanggannya ke arahseorang perempuan berwajah pucat yang sedang berdiri di platform yang bertentangan.


Video ini dikatakan mendapat liputan meluas hingga disiarkan di televisyen sewaktu tayangan berita perdana. Kontroversi pun tidak dapat dibendung, ada yang mengatakan tidak mungkin ada hantu yang boleh kelihatan dengan jelas seperti itu, namun bagaimana dengan anda? Apakah anda setuju video hantu ini hanya hasil rekaan manusia? Anda boleh lihat video tersebut di sini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...