8 May 2012

Saiful Apek Cetus Kontroversi Tentang Kenyataan David Teo Di Laman Facebook dan Twitter




Seiring dengan kemajuan teknologi semasa, nampaknya, artis juga ada cara tersendiri untuk membuat kontroversi demi kontroversi dengan teknologi kini ya? Terbaru dilaporkan yang Saiful Apek telah membuat satu kenyataan di fanpages milik beliau yang mana berkaitan dengan Arwah Bob Kuman.

Saiful Apek yang ternyata agak rapat dengan Arwah Bob Kuman, menyelar kenyataan David Teo yang mendakwa perbuatan Bob Kuman mendedahkan keadaan kewangan beliau sebagai tindakan meminta sedekah.

Dan awal tengah malam tadi, Saiful Apek telah ‘up’ satu status yang seakan-akan memerli David Teo tentang pemergian Bob Kuman minggu lepas.



Antara kata perlian Saiful Apek berbunyi “HA HA HA! sikalang wa balu aman sbab itu olang talak mule mintak sedekah & aniaya wa lagi! HA HA HA!” yang dimuat naik bersama dengan gambar David Teo.

Selain status ‘panas’ beliau di fanpages miliknya, status ini boleh juga dibaca oleh peminat Apek di laman Twitter miliknya.






Jimmy Dedah SMS Nursuhaila Mengandung Anak Luar Nikah Di Mahkamah




Jimmy Dedah SMS Nursuhaila Mengandung Anak Luar Nikah Di Mahkamah

Nampaknya pelbagai kisah peribadi yang melibatkan pengacara Jimmy Shanley dan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy didedahkan di mahkamah. Berita terbaru yang mengejutkan ini diceritakan sendiri oleh Jimmy semalam.

Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah yang isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkan kandungan itu sekiranya benar ia anak Jimmy.

Jimmy berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi SMS pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya yang didapati masih berjudi.

Memetik laporan Sinar Harian, Jimmy juga berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

"SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.

"Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah," kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010.

Majlis Perkahwinan Awal – Scha


Corat-Coret Majlis Perkahwinan Awal – Scha

Dalam majlis akad nikah dan persandingan Awal dan Scha, ada beberapa perkara menarik yang ingin GUA kongsikan bersama anda. Cuba semak senarai di bawah:-

1) Untuk kedua-dua majlis, Awal masuk ke dalam dewan terlebih dahulu sebelum Scha.

2) Keluarga Awal mengenakan pakaian berwarna coklat untuk kedua-dua majlis.Manakala keluarga Scha memilih warna biru firus.

3) Sejurus selamat diijabkabul, Pegawai Agama, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Putrajaya, Ustaz Mohd. Salman Idris terus mengingatkan Awal supaya menunaikan Solat Sujud Syukur untuk mendapat keberkatan.

4) Mas kahwin berjumlah RM2050 hanya diserahkan kepada Scha selepas Awal selesai menunaikan Solat Sujud Syukur.

5) Acara Berinai Besar turut diadakan selepas akad nikah kerana pasangan pengantin ini ingin menggayakan persalinan songket yang ditaja oleh Atikah Songket.



6) Majlis pernikahan dan persandingan pasangan ini dipenuhi dengan rangkap-rangkap pantun penuh puitis.

7) Pentas di mana Awal menunggu ketibaan Scha di majlis persandingan di namakan ‘Laman Manis’.

8) Selain mendapat sekotak manisan kurma, tetamu turut dihadiahkan dengan sebotol haruman Eternal Magic (AVON) yang berharga RM69.00.

9) Pasangan pengantin ini hanya menggunakan bungaan segar untuk kedua-dua majlis. Difahamkan harga  bunga-bungaan ini mencecah puluhan ribu.

10) Pada majlis persandingan, tetamu dilihat sanggup beratur panjang semata-mata untuk bersalaman dengan pasangan pengantin sebelum bertolak pulang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...