5 August 2012

Jack Sparrow adalah Lanun Muslim

Dalam filem Pirates of the Carribean, watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp digambarkan sebagai seorang yang berseloroh, acuh tidak acuh dan licik. Lakonan cemerlang Johnny Depp menenggelamkan watak utama yang lain terutamanya watak Will Turner lakonan Orlando Bloom yang lebih macho dan serius. Disebabkan penonton turut sama menyukai watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp, ia kemudiannya diangkat menjadi watak utama untuk siri-siri seterusnya.
Namun, dalam meminati watak Jack Sparrow, ramai yang tidak menyedari bahawa watak Jack Sparrow diilhamkan daripada watak seorang lanun terkenal yang pernah hidup sekitar abad ke-16 dan abad ke-17. Tambah menarik, watak tersebut adalah seorang lanun yang bernama Yusuf Reis yang beragama Islam.
Dilahirkan sebagai Jack Ward
Yusuf Reis dilahirkan sebagai Jack Ward pada tahun 1553 di Feversham, Kent di tenggara England. Kehidupan awal Jack bermula sebagai seorang nelayan memandangkan kampung halamannya terletak berhampiran dengan laut. Kelebihan tersebut menjadikan beliau seorang panglima laut berkaliber suatu hari nanti.
Pada tahun 1588 ketika umurnya menginjak 25 tahun, Jack Ward nekad berjuang untuk England sebagai Privateer. Privateer adalah seseorang yang diberi kelulusan oleh kerajaan England berdasarkanletter of marque untuk menyerang kapal-kapal musuh terutama kapal armada Sepanyol. Sokongan sepenuhnya daripada Queen Elizebeth I memberikan semangat luar biasa kepada beliau. Karier beliau sebagai privateer berlangsung dengan cemerlang sehinggalah pada awal tahun 1600-an.
Queen Elizebeth I
Walaubagaimanapun, sekitar tahun 1603, King James I menaiki takhta. Kegiatan Jack Ward yang selama ini disokong oleh kerajaan England tiba-tiba terhenti selepas King James I memetarai penjanjian pendamaian dengan Kerajaan Sepanyol.
Akibatnya, ramai privateer memberontak dan menjadi lanun yang bertindak merampas kekayaan kapal-kapal dagang Sepanyol. Namun begitu, Jack Ward tidak terus menjadi lanun tetapi mencari rezeki menjadi nelayan.
Menjadi Lanun
Jack Ward mula menjadi lanun pada tahun 1603 apabila Jack dan 30 orang rakannya merampas kapal kecil di Perlabuhan Portsmouth. Jack kemudian sebulat suara dipilih menjadi kapten kapal yang mana ia kemudiannya tercatat sebagai antara ‘pilihanraya’ pertama di kalangan para lanun.
Berbekal kapal kecil tersebut, Jack dan 30 orang rakannya melanun sekitar tanah Britain. Hasil pertama Jack adalah sebuah kapal yang dikenali ‘Violet’ yang membawa harta pelarian penganut Kristian Katholik ke Isle of Wight.
Dengan kapal tersebut, Jack kemudian berjaya merampas kapal yang lebih besar di Laut Mediterranean. Kapal yang lengkap dengan tiga puluh dua meriam kemudian dikenali The Gift. The Gift kemudiannya digunakan oleh Jack Ward untuk melanun kapal kargo selama lebih dua tahun.
Perjanjian dengan Sultan Uthman Dey
Pada Ogos 1606, Jack Ward telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan pemerintah Tunisia ketika itu, Uthman Dey untuk menjadikan perlabuhan Tunisia sebagai pengkalan operasi. Melihat kepada kepentingan ummah dan kecenderongan Jack Ward kepada Islam, Sultan Uthman Dey bersetuju.
Di tapak operasi baru tersebut, Jack Ward dengan bantuan beberapa panglima yang berkaliber sepertiRichard Bishop dan Francis Varney daripada England, Kara Osman daripada Turki Othmaniyyah,Simon Dangizer(Simon Reis) dan Jan Jansz(Murat Reis) daripada Belanda berjaya menghapuskan kekuatan Sepanyol dan Perancis di Laut Mediterranean.
Sebuah kapal yang terkenal besarnya dikenali dengan nama Reneira e Sodeira berjaya dirampas. Kapal tersebut serta merta ditukar menjadi kapal perang oleh Jack Ward. Malangnya, kapal ini karam pada tahun 1605 di sekitar laut di Greece sehingga memakan korban lebih 400 orang krew. 250 orang krew adalah muslim Tunisia dan 150 adalah warga Inggeris.
Berita ini mengundang kemurkaan Uthman Dey dan rakyat Tunisia turut sama marah kepada Jack Ward. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk mendapat pengampunan daripada King James I. Walaubagaimanapun ia tidak berjaya malahan beliau telah diburu untuk dihukum.








Akhirnya beliau cuba memohon ampun kepada Uthman Dey. Kerana berpegang kepada prinsip amanah kepada perjanjian, Uthman Dey memberi pengampunan dan seterusnya suaka politik kepada beliau.
Memeluk Islam
Kemurahan hati Uthman Dey menarik minat Jack Ward untuk mendalami Islam secara mendalam. Tidak lama selepas itu, Jack Ward secara rasminya menganut Islam. Daripada detik itu juga, Jack Ward yang selama ini turut digelar Jack Birdy atau Jack Sparrow telah memeluk Islam dan diikuti oleh krew-krew kapalnya yang setia. Sepertimana Simon Dangizer yang menukar namanya kepada Simon Reis dan Jan Jansz kepada Murat Reis, Jack Ward turut menukarkan nama Kristiannya kepadaYusuf Reis. Jack Ward atau Yusuf Reis kemudian bernikah dengan seorang gadis berasal daripada Sicily, Italy yang bernama Jessimina.
Pada 1622, seorang dramatis bernama Robert Daborne mendapat inspirasi daripada kehidupan Jack Ward atau Yusuf Reis yang mana beliau kemudiannya menghasilkan novel bertajuk ‘A Christian Turned Turk’.
Selanjutnya..Jihad
Dahulunya, beliau seorang kapten lanun yang licik serta sering mabuk arak. Selepas menganut Islam, beliau lebih berdisiplin dan menggunakan kemahiran lautnya untuk berjihad menyelamatkan tanah masyarakat Muslim daripada terus diancam bahaya armada Sepanyol. Beliau turut direkodkan menyelamatkan ribuan masyarakat Muslim dan Yahudi Andalusia yang ditindas oleh kerajaan Kristian Katholik Sepanyol. Miskipun berdarah Inggeris, beliau tidak kekok untuk berpakaian sepertimana orang Turki berpakaian.
Beliau dalam satu rekod dinyatakan sebagai seorang yang tidak tinggi, rambut tidak lebat dengan uban serta botak di depan, wajah agak gelap dan berjanggut. Beliau turut memakai turban yang senonim dengan masyarakat Islam ketika itu. Beliau agak kecoh dan kadangkala agak melucukan. Peribadi dan tingkah laku ini kemudiannya melahirkan watak Jack Sparrow di dalam filem Pirates of the Carribean.
Kembali ke rahmatullah
Pada 1622, Yusuf Reis atau Jack Ward kembali ke rahmatullah selepas menderita terkena tempias wabak penyakit. Beliau meninggal dunia dalam beragama Islam tidak sepertimana rakan akrabnya,Francis Varney yang murtad di akhir hayatnya.
Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean
Sudah namapun mengadaptasi watak sebenar kepada watak dalam filem. Beberapa elemen telah diterapkan dalam pemakaian dan aksesori yang dipakai oleh Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Jack Sparrow dala Pirates of the Carribean dilihat memakai aksesori bulan dan bintang(simbol Islam), kain lilit kepala berwarna merah(menggantikan serban merah ala Turki Othmaniyyah) dan janggut(Johnny Depp melilit janggut supaya kelihatan ranggi).
Perhatikan lambang bulan dan bintang.

Misteri Kewujudan Drakula


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca.
Hampir keseluruhan penduduk dunia ini sudahpun mengenali dracula sebagai makhluk yang mengerikan dan gemar menghisap darah manusia. Cerita berkenaan dracula ini sangatlah terkenal dan sering dijadikan inspirasi untuk menghasilkan sesebuah karya seni cerita, filem, lagu, dan lain lain. Namun apakah dracula yang begitu terkenal ini hanyalah merupakan sebuah legenda, atau sememangnya ia benar² wujud di dalam dunia ini? Inilah kenyataannya yang harus difikirkan bersama berserta dalil² kajian.

Dracula
Sehingga saat ini sudah tidak terhitung lagi berapa jumlah cerita, lagu, dan filem² yang menggambarkan makhluk misteri ini. Tetapi sebenarnya apakah dracula itu? Apakah ia bersesuaian dengan apa yang digambarkan di dalam filem² buatan pencinta² seni filem?

Di dalam filem juga kita disogokkan untuk mengenali dracula sebagai makhluk yang gemar menghisap darah manusia. dracula biasanya diceritakan sebagai makhluk berdarah biru, keluar pada malam hari, akan mati jika terkena cahaya matahari, selalu dahagakan darah manusia, akan mati dijika ditusukkan senjata perak di jantungnya, anti salib dan ubi, serta beberapa lagi ciri² lain dracula yang biasa digambarkan di dalam filem².

Asal Usul
Mungkin agak sedikit membosankan bagi sesetengah orang jika diceritakan hal² sejarah begini, tetapi ini sudahpun diringkaskan semampu mungkin. Dracula sebenarnya berasal dari Romania dan mulai tersebar di Eropah pada abad ke 16. Kisah kewujudan dracula sebenarnya merupakan kisah benar. Sejarah Dracula berasal daripada seorang Raja Romania pada Abad ke 14 yang bernama Vlad Dracul.

Vlad Dracul merupakan seorang Raja Romania pada abad ke 14 yang gemar berperang dan beliau memang terkenal dengan kekejamannya. Kemampuannya dalam medan peperangan tidak dapat diragukan lagi apabila dilihat daripada jumlah peperangan yang dimenanginya. Dipercayai bahawa Vlad Dracul mempunyai ritual khusus sebelum memulakan peperangan, iaitu meminum dan berendam dengan darah musuh yang pernah dikalahkannya (namun penulis asal belum mendapat bukti kukuh bagi menguatkan dakwaan ini).


Istana Vlad Dracul


Kekejaman pemerintahannya berlanjutan secara turun temurun kepada pewaris² generasinya. Vlad Tepes III adalah pewaris kepada Vlad Dracul yang kemudiannya dijoloki sebagai Dracula (merujuk pada nama Vlad Dracul yang merupakan pendahulunya) kerana kekejamannya yang menyamai Vlad Dracul. Vlad Tepes III (Dracula) hidup pada tahun 1431 dan meninggal pada tahun 1476.

Kekejaman Vlad Tepes terkenal daripada cara dia menghukum para tawanannya dengan cara ngeri, iaitu disiat kulit dan disula (disula adalah penyeksaan dengan cara menusuk anus dengan kayu sebesar lengan tangan orang dewasa yang hujungnya diruncingkan hingga menembusi ke mulut mangsa. Mangsa yang telah ditusuk kemudian dipancangkan sehingga kayu sula menembusi perut, kerongkong, hingga ke kepala). Dipercayai kekejaman dan kejayaan Dracula dalam peperangan dikeranakan oleh Dracula (Vlad Tepes III) meneruskan ritual pendahulunya Vlad Dracul iaitu dengan cara mandi dan meminum darah manusia.

Sehingga perang Salib terjadi, Dracula telah membunuh ratusan ribu tawanannya dengan cara disula dan sebahagian besar mangsanya adalah orang Islam. Namun ketika perang salib terjadi, Dracula berjaya dikalahkan oleh Sultan Mehmed II, kepalanya dipenggal dan dipersembahkan kepada Kerajaan Turki Uthmaniyah untuk menghargai warga turki yang menjadi mangsa kekejaman Dracula semasa Perang Salib.

Namun semuanya tidaklah berakhir disitu sahaja, oleh kerana kejayaan Vlad Dracul dan Vlad Tepes III dalam peperangan, maka ramailah pemimpin² lain juga ingin mengikuti jejak langkahnya. Akhirnya pada abad ke 15,16,17 terjadilah wabak Dracula (mengikuti ritual Dracula (Vlad Tepes III), iaitu mandi dan meminum darah manusia). Daripada situasi inilah dikatakan telah lahirnya spesies manusia baru yang gemar meminum darah manusia. Ada yang mempercayai keturunan Vlad Dracul masih lagi wujud sehingga sekarang dan masih melakukan ritual yang mengerikan itu (penulis asal tidak dapat memastikan kebenarannya ini).

Sekarang pastinya sudah jelas pada kita bahawa Dracula adalah sebuah kenyataan dan wujud di dunia (tetapi kewujudan keturunan/etnik mereka yang meminum darah sampai sekarang masih lagi diragukan kewujudannya). Namun sejarah di atas tidak mampu menjelaskan dari mana datangnya ciri-ciri Dracula seperti berdarah biru, muka pucat, haus akan darah, benci bawang putih, dll. Orang Eropah, khususnya Romania meyakini bahawa spesies Dracula (keturunan Van Dracul) memang mempunyai ciri-ciri dan fizikal yang seperti itu. Namun bagaimanakah penjelasannya secara ilmiah? Apakah sains dapat menjelaskannya.

Lakaran Vlad Tepes III

Ciri² Dracula Daripada Segi Ilmiah (Sains)
Jika daripada sudut pandang sains, pasti kita akan menjangkakan penyakit atau kelainan apakah yang membuatkan gejala dan ciri² seperti Dracula terjadi. Dan ternyata sememangnya terdapat penyakit di dunia ini yang memenuhi kriteria² dracula tersebut, iaitu Porphyria. Porphyria adalah sejenis penyakit gen dimana para pengidapnya akan kekurangan enzim glisin yang berfungsi untuk membentuk Heme. Heme adalah komponen hemoglobin yang berfungsi untuk membawa oksigen di dalam darah. Bayangkan jika Heme kurang dan oksigen tidak dapat dibawa secara sempurna, maka tubuh akan menjadi warna biru pucat. Kerana itu juga para pengidap Porphyria tidak boleh terkena cahaya matahari, kerana cahaya matahari boleh membakar kulit mereka. (2 ciri-ciri Dracula sudahpun terjawab dengan kajian sains ini)

Disamping itu kerana kualiti darah yang rendah akibat kekurangan oksigen, maka pengidap Porphyria haruslah mendapat bekalan darah secara berkala. Bahkan katanya mereka harus meminum darah itu secara terus agar darah tersebut dapat memasuki ke dalam sistem pencernaan dan diceraikan untuk masuk pula ke dalam aliran darah.

Kualiti darah juga ditentukan oleh kadar lemak di dalam darah. Bawang putih mengandungi suatu zat yang menyebabkan kadar lemak dalam darah berkurangan. Mungkin itu jugalah yang menjelaskan mengapa Dracula sangat takut pada bawang putih. Dikatakan juga penyakit Porphyria merupakan penyakit yang dijangkiti secara turun-temurun (penyakit keturunan).

Porphyria berasal daripada bahasa Yunani, ‘Porphura’ yang bermaksud ungu. Nama ini mengacu kepada perubahan warna beberapa cairan tubuh menjadi warna ungu, salah satunya urin, jadi sesuai dengan gejala/ciri2 penyakit tersebut. Di bawah adalah gambar pengidap penyakit Porphyria:

Antara Kesan Penyakit Porphyria

Terlihat di gambar ia memang sedikit mengerikan dan kesemua kriteria² Dracula seharusnya terdapat pada para pengidap Porphyria. Daripada sini dapat kita simpulkan bahawa Dracula bukanlah puak/etnik khusus daripada keturunan Vlad Dracul tetapi sebenarnya Vlad Dracul dan keturunannya adalah pengidap penyakit Porphyria.

Penyaksian dan Kejadian
Pelbagai kejadian misteri mengenai Dracula telah diceritakan secara turun-temurun oleh masyarakat di pelbagai wilayah eropah dan dunia. Cerita² masyarakat inilah yang diangkat oleh seorang pengarang yang berasal dari Ireland, Bram Stoker pada tahun 1987 di dalam filem hantunya yang berjudul “Coun Dracul” yang ternyata telah menjadi terkenal dan terus difilemkan sehingga sekarang (yang terkenal ketika ini sebagai “twilight”).

Menurut legenda, Dracula berasal daripada orang mati yang bangkit kembali dari dalam kuburnya. Pada tahun 1732 di kawasan Hongaria dilaporkan seorang penduduk desa yang telah meninggal selama tiga tahun, tiba-tiba bangkit dari dalam kuburnya dan menyerang keluarganya sendiri. Ia menghisap darah empat anak saudaranya sehingga meninggal dunia.

Semenjak itu, penduduk setempat tidak lagi tinggal dalam keadaan aman. Mereka kemudiannya dengan segera menggali semula kubur milik Dracula tersebut. Ternyata mereka mendapati sesuatu yang diluar dugaan. Mayat yang dikuburkan selama bertahun-tahun itu ternyata masih utuh. Rambut dan kukunya memanjang, matanya setengah terbuka, dan jantungnya kelihatan masih berdenyut. Yang lebih menghairankan lagi di mulutnya terdapat sisa² darah segar yang baru sahaja mengering.

Akhirnya penduduk setempat membunuh mayat tersebut bagi mematikannya untuk kedua kalinya dengan menancapkan pancang besi perak tepat di atas jantungnya (mungkin inilah asalnya mengapa dracula dikatakan hanya mati jika ditusuk jantungnya).


Ini adalah patung gambaran bagaimana dracula dibunuh

Jika berdasarkan kenyataan penduduk Hungary di atas, maka terdapat beberapa persoalan yang tidak dapat dijawab seperti:
  • Bagaimanakah mungkin mayat boleh hidup kembali?
  • Kenapakah mayat tersebut tidak membusuk?
  • Bagaimanakah nasib ke empat-empat anak saudaranya yang dikatakan mati dihisap darahnya?
  • Mengapakah tidak ada catatan mengenai mereka? dan lain-lain.
Kesimpulan
Kita sekarang boleh menyimpulkan bahawa Dracula asal sebenarnya adalah daripada keturunan raja Romania yang memiliki penyakit pelik yang diberi nama sebagai penyakit Porphyria dan mereka melakukan ritual meminum darah segar manusia sama ada darah daripada mayat ataupun manusia yang masih hidup. Namun kerana ‘jasa’ Vlad Dracul dan Vlad Tepes III dalam peperangan yang dianggap oleh bangsa² tertentu sebagai besar, maka kejelikan² mereka disamarkan sehingga diciptakannya sebuah legenda Dracula yang sepertimana wujud di dalam filem² zaman sekarang.

Manusia memakan bayi di jepun


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bunyi agak mengerikan juga, tetapi itulah realiti. Gambar ini menunjukkan orang Jepun memakan bayi tetapi ramai yang tersalah anggap ianya orang Cina.Mereka percaya bahawa bayi ini dapat memberikan mereka khasiat seperti kesihatan dan kecantikkan.





Landak Albino Ditemui Di Russia


Taman Botani Dendrarium di Sochi, Russia telah menerima penghuni baru yang luar biasa iaitu Landak Albino. Ia telah dinamakan Snezhok (bola salji) sebagai penghormatan kepada Olimpik Musim Sejuk dimana kota itu akan menjadi tuan rumah pada tahun 2014, pengarah taman iaitu Alexander Kornilov, memberitahu RIA Novosti. Landak ini berusia dua bulan. Ia hidup di dalam sangkar yang berasingan dan makan daging, ikan dan makanan kucing.









7 Fenomena Alam yang Luar Biasa



Petir Abadi Di Venezuela
Petir Catatumbo yang misterius adalah sebuah fenomena alam yang unik di dunia. Terletak di muara sungai Catatumbo di Danau Maracaibo. Fenomena ini berupa awanpetir yang membentuk sebuah “garis” kilat sepanjang 5 kilometer, setiap 140 – 160malam dalam setahun, selama 10 jam tiap malam, dan lebih dari 280 kali dalam 1 jam itu. Ini hampir bisa disebut ‘badai permanen’. Petir ini mempunyai intensitas 400.000 ampere dan terlihat hingga 400 km jauhnya. Menurut kajian, petir ini terjadi kerana tiupan angin yang berasal dari Pegunungan Andes. Petir ini juga dijadikan sebagai navigasi oleh para pelaut.





Hujan Ikan Di Honduras
The Rain of Fishes (Hujan ikan) ada diceritakan dalam Cerita Rakyat Honduras. Namun, juga terjadi secara nyata di Departamento de Yoro, antara bulan Mei dan Julai. Saksi mengatakan bahawa fenomena ini bermula dengan awan gelap di langit, diikuti dengan kilat, guntur, angin kencang dan hujan lebat selama 2 – 3 jam. Setelah hujan berhenti, ratusan ikan ditemui hidup di tanah. Orang mengambil ikan – ikan ini dan memasaknya. Sejak 1998, Festival Hujan Ikan dirayakan setiap tahun di kota Yoro.



Kambing Yang Memanjat Di Maroko
Kambing yang memanjat pohon, hanya dapat ditemukan di Maroko. Kambing ini memanjat pohon kerana ingin memakan buah dari Pohon Argan, yang mirip dengan Buah Zaitun.



Hujan Merah Di Kerala
Dari 25 Julai sehingga 23 September 2001, hujan merah turun di selatan India, Negeri Kerala. Tidak hanya merah, hujan warna kuning, hijau dan hitam juga dilaporkan terjadi. Kerajaan India menemukan bahawa hujan ini telah “diwarnai” oleh spora dari alga, yangtersebar di udara. Kemudian, awal tahun 2006, Kerala pun menjadi perhatian dunia.



Ombak Terpanjang Di Brazil
Dua kali dalam setahun, antara Februari dan Mac, air Lautan Atlantik bertumpuk di Sungai Amazon, menciptakan gelombang ombak terpanjang di dunia. Fenomena ini disebabkan oleh arus Samudera Atantik yang memenuhi muara sungai, sehingga menghasilkan ombak setinggi 12 kaki yang berterusan hingga lebih dari setengah jam.


Pelangi Api Di Idaho
Atmosfera yang dikenali dengan circumhorizon arc atau Fire Rainbow (pelangi api), akan muncul ketika matahari berada tinggi (lebih daripada 58 darjah diatas horizon). Cahaya matahari menembus lurus dan menyinari awan cirrus, sehingga menghasilkan semacam lempengan kristal segi enam dan membentuk efek prisma. Sehingga terlihat pelangi yang berbentuk seperti api.

Matahari Hitam Di Denmark
Musim semi di Denmark, sekitar satu setengah jam sebelum senja, lebih dari 1 juta Sturnus Vulgaris (sejenis burung) berkumpul dari seluruh pelosok untuk bergabung dan membentuk suatu kumpulan yang luar biasa besar di udara. Hinnga membuat langit menjadi terasa gelap. Fenomena ini disebut Black Sun, dan dapat disaksikan di awal musim semi di barat Denmark.

Penemuan Tubuh Manusia Di Dalam Perut Ikan Jerung


Humphrey Simmons, sebuah pekerja bank telah berjaya menangkap seekor ikan jerung yang luar biasa beratnya jika dibandingkan dengan saiz ikan jerung berkenaan. Ikan itu ditangkap ketika beliau dan rakan²nya iaitu Keith Fergusan dan Stanley Bernard pergi menangkap ikan di laut pada suatu pagi Sabtu.

Namun telah terjadi sesuatu yang sangat mengerikan apabila ikan jerung itu memuntahkan sebelah kaki manusia! Mereka akhirnya membuat keputusan untuk membelah perut ikan berkenaan bagi tujuan mencari jasad mayat yang mungkin masih berbaki di dalam tubuh ikan jerung tersebut kerana mereka percaya ikan jerung itu sudah membaham manusia. Mangsa ikan berkenaan sehingga sekarang tidak diketahui.





balasan tolak hukum ALLAH

Balasan tolak hukum Allah

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.


Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya:
“Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek:
“Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?
Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga?
Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.
” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan.
Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.
Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu?
Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda.
Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar
Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.
Wallahukhlam..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...