23

.
.

14 November 2016

Mahu Segera Jadi Bapa, Amar Baharin Rancang 4 Anak Dengan Amyra Rosli




Pelakon Amar Baharin, 31, akui tidak sabar mahu bergelar bapa selepas selamat bernikah dengan Amyra Rosli  pada 11 November 2016.

Amar Baharin berkata dia merancang mahu menimang empat orang cahaya mata bersama isterinya.

"Saya memang mahu segera timang cahaya mata kerana sesungguhnya saya tidak sabar hendak jadi bapa kepada anak-anak kami.

"Malah kami merancang untuk menimang tiga atau empat cahaya mata bersama sama seperti jumlah adik beradik keluarga kedua-dua belah pihak kami.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Rosli Awang dalam sebuah majlis pernikahan di Hotel Premiera Kuala Lumpur.

Sementara itu, Amyra Rosli berkata Amar mempunyai sifat-sifat seorang lelaki yang meyakinkannya untuk menjadikan jejaka itu sebagai teman hidupnya.

"Dia (Amar) seorang lelaki yang gentlemen sebab apa- apa pun dia mesti dahulukan saya. Malah sentiasa ada dikala susah dan senang.

"Paling meyakinkan saya, dia punya sikap yang banyak persamaan dengan bapa saya iaitu seperti membawa kereta dengan cermat jauh beza pula dengan saya.

"Saya harap perkahwinan kami dapat berkekalan hingga akhirnya," katanya.

Pasangan inj bakal berbulan madu ke Tokyo, Jepun pada penghujung November ini.

"Saya hanya ikutkan Amyra sebab dia suka pergi taman tema jadi tumpuan kami nanti pasti ke Disneyland.

"Kami akan mengambil peluang berbulan madu ini untuk berehat memandangkan kami masing-masing sudah lama tidak bercuti dan sibuk dengam kerjaya lakonan," kata Amar.

11 May 2015

5 Kisah Pelik Tapi Benar


5 Kisah Pelik Tapi Benar (Menarik!) | Kisah pelik, kebiasaannya ramai mengganggapnya pelik kejadian seumpama itu tidak pernah dilihat lagi sebelum ini. Kejadian pelik sememamngnya membuatkan seseorang itu teruja untuk mengetahuinya. Sebagai contoh, mengenai haiwan pelik, ramai yang merasa ingin tahu bagaimanakah rupa haiwan pelik tersebut dan sebagainya. Kali ini terdapat 5 kisah pelik tapi benar, jom kita baca di bawah ini.
1.Kembar tiga yang lahir dengan selisih waktu 11 tahun.
Ini benar-benar susah untuk dipercayai bahawa dua gadis dan bayi berusia 3 bulan di dalam gambar di atas adalah kembar tiga,Bethony,Megand dan Ryleigh memang kembar tiga.Walaupun mereka bertiga dikandung pada hari yang sama,Ryleigh lahir 11 tahun kemudian setelah kelahiran saudara kembarnya.Hal ini disebabkan kerana,1 dari 3 embrio telah dibekukan untuk dilahirkan 11 tahun kemudian.
2. Orang yang ditembak di kepalanya,tetapi baru mengetahuinya 5 tahun kemudian.
Seorang lelaki yang tinggal di Jerman hidup dengan normal dan baik-baik saja selama lima tahun tanpa menyedari dia telah ditembak di kepala.Peluru kaliber 0,22 ditemui ketika lelaki itu pergi ke dokter untuk memeriksanya.Yang dia ingat adalah bahwa dia telah menerima pukulan ke kepala pada tengah malam di sebuah parti Tahun Baru “di tahun 2004,atau 2005″,tapi terlupa tentang hal itu kerana dia “sangat mabuk”.
3. Orang yang menembak seorang remaja kerana memakai seluar baggy.
Polis di Tennessee mengatakan Kenneth,45 tahun menjadi sangat benci dan marah padaremaja yang memakai seluar baggy dan dia menembak remaja itu di punggung.Pada 25 September,dia didakwa dengan dua tuduhan melakukan serangan dan melepaskan tembakan beberapa kali pada pemuda 17 tahun setelah mangsa menolak untuk menarik seluarnya yang melorot dan menghina kennet dengan gelaran bontot gemuk.
4.Wanita yang memecahkan rekod dunia paling gemuk dengan berat 700 pounds (320 Kg).
Ketika di usia 20,berat Terri Smith hanya sekitar 120 kilogram.Terri menikahi Myron,pada tahun 1986.Pada usia 32 dia menderita arthritis di lututnya dan tidak mampu untuk berjalan lebih dari beberapa langkah pada satu waktu.Kemudian Smith diberi kerusi roda litrik untuk berkeliling namun disebabkan Kurangnya latihan senaman fizik dan tidak mengubah pola makan menyebabkan berat badannya naik sehingga dia hampir tidak mampu berdiri.
5.Pencuri yang cuba mencuri di muzium dengan menyamar menggunakan rumput.
Menurut polis di Oregon,Gregory Liascos,suspek yang berumur 36 tahun menyamar ala kamuflase sebelum mencuba untuk menerobosi dinding sebuah muzium batu dan mineral selama beberapa malam pada bulan Oktober dalam upaya untuk mencuri koleksi emas muzium bernilai 0,25 juta dolar.Karyawan Muzium menelepon polis setelahmenemukan adanya bekas lubang dipahat di dinding dan meskipun pakaian rumput nya susah untuk dikesan,anjing polis berhasil mengesan suspek.Anjing itu menggigit timbunan tanah yang ditumbuhi rumput,dan tanah itupun menjerit.Gregory ditangkap serta merta setelah penyamarannya terbongkar oleh anjing polis.
5 kisah ini boleh dianggap satu yang luar biasa. Tetapi apa yang lagi menarik adalah dua kisah di atas berkenaan dengan kelahiran 3 orang kembar yang lahir tidak serentak, dan mengenai seorang lelaki yang tidak menyedari dirinya ditembak. Semuanya adalah atas kekuasaan Allah SWT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...