Labels

15 June 2019

Erra Fazira Mohon Maaf Kepada Umie Aida

Selepas beberapa hari mereka dikatakan sedang berperang dingin, akhirnya Erra Fazira membuka mulut mengenai kemelut hubungan persahabatannya dengan pelakon Datin Seri Umie Aida



Erra mengakui beliau telah melakukan kesilapan yang sama sebanyak tiga kali dan melukakan hati sahabat baiknya itu.
Sebagai manusia biasa dirinya tidak lari daripada melakukan kesilapan dan Erra memohon maaf kepada Umie atas apa yang sudah berlaku. Pada masa yang sama, Erra mengharapkan pengakuan dibuat dapat menghentikan perbalahan antara semua pihak termasuklah dalam kalangan peminat.

Terdahulu, perbalahan antara dua selebriti popular ini mula dihidu peminat apabila Umie memuat naik beberapa siri status berbaur kecewa dan terluka dikhianati sahabat baik sendiri beberapa kali, memusnahkan hubungan persahabatan mereka. Meskipun Umie tidak menyebut sebarang nama, namun, rata-rata netizen membuat andaian luahan tersebut ditujukan kepada Erra yang diketahui mempunyai hubungan erat dengannya.