Labels

16 June 2019

Ariana Grande Menangis Semasa Persembahan

Ariana mengalirkan air mata semasa membuat persembahan di tempat kelahiran bekas kekasih, Mac Miller.

BINTANG TERKENAL Ariana Grande tidak mampu menahan emosi hingga terpaksa menyanyi dalam kesedihan dan menangis ketika konsert jelajah Sweetener di Pittsburgh, Pennsylvania baru-baru ini.

Menurut laporan CNN, Pittsburgh adalah tempat kelahiran bekas kekasih Ariana iaitu Mac Miller yang meninggal dunia akibat bunuh diri pada September 2018.

Dalam konsert yang menjadi penutup jelajah itu, Ariana tidak dapat menghabiskan lagu Rainsdrops (An Angel Cry) yang dikatakan mengenai perjalanan cintanya dengan Miller.



Wanita berusia 25 tahun ini turut mengalirkan air mata ketika berada di atas pentas.

Menerusi video amatur yang dirakam penonton, Ariana menyanyikan lagu Thank U, Next diiringi penari namun suaranya kedengaran tenggelam timbul seakan menahan emosi kesedihan.

Menyedari seperti ada yang tidak kena, penonton mula bersorak dan memberikan sokongan dengan bersama-sama menyanyikan lagu tersebut.

SUMBER: mStar



15 June 2019

Erra Fazira Mohon Maaf Kepada Umie Aida

Selepas beberapa hari mereka dikatakan sedang berperang dingin, akhirnya Erra Fazira membuka mulut mengenai kemelut hubungan persahabatannya dengan pelakon Datin Seri Umie Aida



Erra mengakui beliau telah melakukan kesilapan yang sama sebanyak tiga kali dan melukakan hati sahabat baiknya itu.
Sebagai manusia biasa dirinya tidak lari daripada melakukan kesilapan dan Erra memohon maaf kepada Umie atas apa yang sudah berlaku. Pada masa yang sama, Erra mengharapkan pengakuan dibuat dapat menghentikan perbalahan antara semua pihak termasuklah dalam kalangan peminat.

Terdahulu, perbalahan antara dua selebriti popular ini mula dihidu peminat apabila Umie memuat naik beberapa siri status berbaur kecewa dan terluka dikhianati sahabat baik sendiri beberapa kali, memusnahkan hubungan persahabatan mereka. Meskipun Umie tidak menyebut sebarang nama, namun, rata-rata netizen membuat andaian luahan tersebut ditujukan kepada Erra yang diketahui mempunyai hubungan erat dengannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...