Labels

21 September 2012

Filem Hina Islam Innocence Of Muslims

Filem dan dokumentari menghina Rasulullah S.A.W dan Islam secara keseluruhannya berulang kembali.Filem Innocence of Muslims yang di arahkan oleh pengarah filem berketurunan Israel Sam Bacile menimbulkan kemarahan umat Islam sehinggakan seorang diplomat Amerika Syarikat terbunuh dalam serangan di Libya.Dan atas sebab ini jugak,Amerika Syarikat akan membalas serangan kematian Christopher Stevens yang disahkan terbunuh dalam serangan roket ke atas pejabat konsul di Benghazi,Libya semalam.Ini bukan kali pertama Islam dihina dengan pengunaan filem.Pada tahun 2004,Theo van Gogh pengarah berusia 47 tahun dari Belanda telah mengeluarakan sebuah filem bertajuk 'Submission" yang menceritakan tentang ketidakadilan Agama Islam terhadap hak wanita dan mempersendakan secara terang-terangan kesucian Islam. 

innocence of muslim 

Theo van Gogh kemudiannya di tembak dan ditikam di bahagian dada oleh Mohammed Bouyeri seorang muslim campuran Belanda-Morocco berusia 26 tahun pada 2 November 2004.Dan kemudiannya pada tahun 2005,sebanyak 12 karikatur Nabi Muhammad SAW dalam sebuah akhbar di Denmark telah disiarkan dan menimbulkan kemarahan Umat Islam di seluruh dunia.Kemudian pada 27 Mac 2008,sebuah Filem pendek berjudul Fitna telah di siarkan di Internet oleh ahli parlimen Belanda Geert Wilders pada 27 Mac 2008.Geert Wilders dalam filem Fitna ini melabelkan Nabi Muhammad S.A.W sebagai ‘orang gasar dan fidofilia’ dan Wilders menyamakan Islam dengan fasisme .Kitab al-Quran disamakan dengan buku Mein Kampf milik Adolf Hitler.Kemudiannya pada tahun 2012 ini sebuah filem Innocence of Muslims oleh Sam Bacile yang menelan kos sebanyak (RM15.3 juta) yang mendapat bantuan dana 100 orang dermawan Yahudi.Apa masalah dengan dia?Kononnya Islam bagi diri dia seperti satu cancer dan filem ini sebagai satu elemen provokatif yang menunjukkan Islam itu sememangnya berunsurkan keganasan.

Sehingga kini, setiap negara di dunia telah mengadakan kempen anti filem Innocence of Muslims untuk memerangi filem tersebut daripada terus berleluasa di dunia.
 





11 September 2012

Wajah ganjil bayi lahir tanpa otak hadapan dan tengkorak (anencephaly)

Sebenarnya fenomena wajah ganjil bayi tanpa sebahagian besar otak dan tengkorak yang dipetik daripada berita di bawah ini bukanlah sesuatu yang ganjil sangat kerana ia merupakan sejenis kecacatan semasa kelahiran yang terjadi di beberapa tempat di seluruh dunia dengan peratus yang rendah.

Fenomena atau kecacatan kelahiran ini dikenali sebagai anencephaly atau “tiada otak”. Ia terjadi disebabkan oleh kecacatan tiub neural biasa semasa bulan pertama kehamilan, iaitu antara 23 – 26 hari kehamilan, selalunya sebelum seseorang wanita itu tahu ia hamil. 

Dalam peringkat perkembangan janin ini, tiub neural gagal untuk tertutup sepenuhnya. Ini menyebabkan bayi yang lahir tidak mempunyai sebahagian besar otaknya, termasuk otak hadapan serta serebrum. Bahagian lain otak ditutupi oleh tulang atau kulit sahaja. Bayi yang lahir ini akan pekak, buta dan tidak rasa sakit, dan tentunya tidak dapat hidup lama. 




Anencephaly adalah disebabkan oleh faktor kecacatan genetik atau ibu hamil yang terdedah kepada toksin sekitaran seperti plumbum (lead), kromium, merkuri dan nikel yang mempengaruhi perkembangan tiub neural embrio. 

Oleh itu, bagi mengurangkan risiko kecacatan semasa lahir (seperti spina bifida, anencephaly, atau kecacatan jantung seperti jantung berlubang, masalah injap jantung, dsb), ibu-ibu yang hamil sangat disarankan mengambil suplemen asid folik yang berfungsi mempercepatkan pertumbuhan sel dan tisu, terutamanya semasa beberapa minggu terawal kehamilan.




Bayi Wajah Ganjil Dilahirkan di Nigeria

Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak ganjil tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.




Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan.

Pesuruhjaya Kesihatan Negeri Ekiti, Dr. Wole Olugboji mengesahkan kelahiran bayi tersebut.

“Terdapat seorang wanita yang melahirkan seorang bayi ganjil di Hospital Besar Iyin. Bayi itu sudah meninggal dunia tetapi ibunya okey,” katanya.

Menurutnya, ubat sedatif diberikan kepada ibu itu supaya dia tidak sedarkan diri selepas melahirkan anak tersebut bagi memastikannya tidak melihat anaknya yang ganjil.

Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera.

Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya.




Bayi itu tidak mempunyai otak.

Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.

Gambar Ilusi Pelik Tapi Menarik

Gambar ini boleh dikatakan ilusi atau 3D....entahlah....yang penting ianya menarik, harap korang terhibur..
















9 September 2012

(VIDEO)Jelmaan Misteri Di Stesen Keretapi Jepun

Kali ini mari kita lihat sebuah video yang menggegarkan dunia maya. Sebuah video yang menunjukkan seorang perempuan yang dikatakan hantu dengan jelas, walaupun kebenarannya masih diragukan. Video ini memperlihatkan sekumpulan anak muda Jepun sedang menunggu keretapi di sebuah stesen sambil berbual, namun video tersebut berubah menjadi seram setelah seorang teman merasakan sesuatu yang ganjil. Dia pun menunjukkan tanggannya ke arahseorang perempuan berwajah pucat yang sedang berdiri di platform yang bertentangan.


Video ini dikatakan mendapat liputan meluas hingga disiarkan di televisyen sewaktu tayangan berita perdana. Kontroversi pun tidak dapat dibendung, ada yang mengatakan tidak mungkin ada hantu yang boleh kelihatan dengan jelas seperti itu, namun bagaimana dengan anda? Apakah anda setuju video hantu ini hanya hasil rekaan manusia? Anda boleh lihat video tersebut di sini:

7 September 2012

Gambar mengerikan bayi dari hasil yang diklonkan

Pada 26 Disember 2002 dunia digemparkan oleh berita kelahiran bayi berjenis kelamin perempuan hasil pengklonan manusia yang pertama di dunia. Berita tersebut dihembuskan oleh Clonaid, syarikat yang bergerak dibidang pengklonan makluk hidup yang beribu pejabat di Bahamas.





Bigitte Boisselier, Presiden Clonaid yang kontroversial

Bayi tersebut dilahirkan melalui bedah Caesar di lokasi yang dirahsiakan. "Bayi tersebut dalam keadaan sihat," demikian kenyataan akhbar yang disampaikan oleh Brigitte Boisselier, Presiden Clonaid waktu itu seperti dipetik Newscientist. Adapun bayi tersebut merupakan hasil kloningan dari seorang wanita berusia 31 tahun asal Amerika Syarikat yang mempunyai pasangan yang mandul.

Walau kabar tersebut banyak diragukan, namun Boisselier tetap bergerak dan berkeras bahawa hal tersebut akan menjadi tunggak baru dalam sejarah umat manusia. Dan peristiwa ini, benar-benar telah membawa banyak syarikat sejenis untuk cuba melakukan hal serupa.

Proses pengkloningan manusia merupakan proses yang rumit kerana DNA manusia amat kompleks. Sulit memetakan DNA manusiaa, memilih gen yang baik dan membuang gen yang buruk. Banyak sekali kegagalan dalam proses pengkloningan manusia. Hasilnya pun mengerikan.

Banyak yang tidak tahu bahawa risiko terbesar dari makhluk hasil pengkloningan adalah kelahiran yang cacat dan tidak sempurna. Selama ini kita tidak pernah mengetahui betapa teruk daripada bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal. Inilah bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal:









Bayi-bayi cacat hasil kloning yang gagal

Gambar-gambar diatas bocor oleh anasir salah satu syarikat yang tidak disebutkan dan beredar luas di kalangan para netizen di seluruh dunia, walau gaungnya tidak seheboh saat pertama kali kambing Dolly diterbitkan. Namun gambar-gambar ini menjadi perdebatan hangat di kalangan saintis perubatan dan biologi molekul.

Yang patut diingat adalah pengkloningan manusia ini sebenarnya diharamkan oleh semua agama, sebab melanggar fitrah. Hanya Tuhan saja yang mempunyai kuasa untuk mencipta. Manusia sekalipun tidak akan dapat mendekati kesempurnaan Tuhan. Dan akibat dari hal tersebut adalah seperti yang boleh kita lihat dalam gambar diatas.

Semoga ini menjadi pelajaran buat kita semua agar selalu ingat bahawa Allah Maha Besar Kuasa-NYA.

Kanak-Kanak Menderita Kaki Raksasa




DOKTOR di kawasan pedalaman di Peta, Uganda, merayu supaya ada pakar perubatan dari negara luar mampu mengatasi masalah Oketch.

KAMPALA: Seorang budak Uganda kini bertarung dengan maut selepas kakinya membengkak secara misteri sehingga terlampau besar.

Baru berusia 10 tahun, Vincent Oketch kini hanya mampu duduk atau berbaring di katil kerana saiz kakinya menghalang dia berjalan.

Keadaan itu juga memaksa Oketch mengenakan pakaian budak perempuan atau skirt bagi menyesuaikan saiz kakinya. Doktor di Peta merayu kepada pakar perubatan antarabangsa supaya membantu mengubati Oketch kerana mereka yakin, jika lambat dirawat, budak itu mungkin meninggal dunia.

Bapa Oketch, Tito Opoya, berkata keadaannya itu sangat mengecewakan kerana anaknya menjadi bahan cemuhan apabila berpakaian seperti budak perempuan.

“Badannya kecil, tapi kakinya begitu besar dan sangat berat,” katanya.

Masalah Oketch mula dikesan keluarganya ketika dia berusia 18 bulan, tetapi kemiskinan memaksa mereka membiarkan keadaan itu begitu saja.

Apabila Oketch semakin membesar, kakinya juga bertambah besar.

Doktor pula bingung mencari punca masalah Oketch.

Sesetengah doktor percaya Oketch dilahirkan dengan masalah limfatik, menyebabkan kaki budak itu membengkak melampau.

Namun, keputusan pemeriksaan yang saling bercanggah serta masalah kemudahan perubatan yang terhad menyebabkan doktor tidak banyak pilihan untuk menyelesaikan masalah itu.

Menurut Dr Isaac Osire, dia percaya Oketch berdepan masalah jangkitan serius dan kaki itu mungkin terpaksa dipotong jika tidak mendapat rawatan segera.

Kini mengendalikan pertubuhan kebajikan kanak-kanak, Dr Osire membawa Oketch ke hospital di Kampala untuk dibedah.

Katanya, imbasan awal menunjukkan Oketch mungkin mengalami masalah sistem limfatik, untut dan keganjilan tisu.

Pemeriksaan juga mendapati keadaan itu turut menjejaskan tulang Oketch sehingga menyebabkan tulang pinggulnya beralih, manakala buku lalinya terseliuh.

Namun, pemeriksaan lanjut menunjukkan Oketch mungkin mengalami jangkitan kuman pemakan daging yang sangat berbahaya.

Dr Osire berkata, doktor mungkin memotong kaki Oketch di paras paha.

“Ia sangat membimbangkan kerana kami masih mendapat keputusan yang berbeza-beza.

“Sangat sukar mengetahui apa sebenarnya berlaku dan kami terdesak mahukan bantuan asing,” katanya. Sementara itu, seorang doktor Britain yang kini melawat Uganda berharap dalam bertemu Oketch minggu depan bagi melihat sendiri keadaan penyakit budak itu.

Dr Osire berkata, sebarang bantuan daripada pihak luar sentiasa dialu-alukan.

“Nampaknya kes ini mungkin terlalu rumit untuk dirawat di dalam negara ini.

“Saya mahu melakukan apa saja yang terdaya supaya Oketch boleh hidup normal,” katanya. Opoya pula berkata, dia berharap ada doktor yang mampu mengubati anaknya.

Setakat ini, katanya, dia begitu terhutang budi kepada Dr Osire atas segala bantuan diberikannya.

Pertubuhan disertai Dr Osire membantu kanak-kanak di seluruh Uganda.

Dalam keadaan tertentu, dia menggunakan sendiri keretanya untuk membawa kanak-kanak yang perlukan rawatan segera ke hospital.

“Kami masih memerlukan bantuan kewangan untuk membantu kanak-kanak di negara ini,” katanya. - DM

6 September 2012

VIDEO INSPEKTOR POLIS BELASAH PEKERJA HOTEl




Adalah agak malang di saat pihak pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysi (PDRM) berusaha membersihkan imej pasukan itu, masih ada yang gagal memahami visi dan misi yang ingin diterapkan sehingga sanggup bertindak ‘ala samseng’ hanya kerana salah faham yang boleh diselesaikan cara baik dan tanpa paksaan.

Begitulah apa yang terjadi di Seremban, Negeri Sembilan apabila seorang pegawainya yang berpangkat inspektor berusia 32 tahun telah datang ke hotel bersama tiga rakannya untuk menginap.

Difahamkan, berlaku pertengkaran antara pegawai polis itu dengan dua pekerja hotel di kaunter lobi dipercayai berpunca daripada salah faham berhubung pemulangan duit baki pembelian aiskrim.
Kejadian selama 10 minit itu turut dirakam kamera rakaman litar tertutup (CCTV) hotel.
Dia kemudiannya didakwa mencederakan seorang pekerja hotel bertaraf dua bintang itu.

Apapun tindakan pantas pihak polis menahan inspektor berkenaan patut dipuji kerana ini menunjukkan mereka tidak ‘memilih bulu’ dalam menjalankan tugas walaupun yang ditahan itu adalah pegawai mereka sendiri.

Yang pasti, kita sedang menunggu apa hasil siasatan dan kita berharap dia akan segera dihadapkan ke muka pengadilan agar mendapat pengadilan yang sewajarnya.

Semoga tingkah laku buruk dalam PDRM dan agensi penguatkuasa lain akan terus dibendung, malah kalau boleh ‘dihapuskan’ terus bagi mengembalikan imej dan keyakinan orang ramai terhadap mereka.

Sayang, kesungguhan pegawai dan anggota polis siang malam bertugas demi menjaga keselamatan kita ‘dicemarkan’ oleh tindakan segelintir mereka yang tidak bertanggung jawab ini!


Artis Baru Kahwin Terpaksa Berpisah!

PERKAHWINAN mereka masih baharu, namun ujian getir menanti apabila mereka terpaksa berpisah. Itu takdir yang melanda pasangan pengantin baharu, aktres Izreen Azminda dan suaminya, jurukamera, Muhammad Riza Baharudin atau Riza.
DENGAN dua kali lafaz, Muhammad Riza Baharudin atau 
Riza berjaya memperisterikan pelakon Izreen Azminda

Belum pun puas bermesra sebagai suami isteri selepas dinikahkan pada 30 Ogos lepas, pasangan ini sudah pun diuji apabila terpaksa berpisah selama 13 hari dek tuntutan kerjaya masing-masing.

Izreen terbang ke Seoul, Korea Selatan kira-kira 24 jam selepas majlis persandingan pada sebelah malam 31 Ogos bagi mengikuti kru produksi untuk penggambaran drama bersiri, Julia.

“Pada pukul 11.30 malam 1 September (lalu) saya berangkat ke Korea Selatan. Tipu jika saya kata tidak sedih meninggalkan suami. Pertama kali kahwin dan baru mahu merasai hidup berumah tangga terpaksa 'berpisah','” ujar Izreen.

Biarpun terpaksa melalui ujian getir itu, namun tanggal 30 Ogos 2012 sebenarnya telah menjadi detik istimewa dan bersejarah bagi pemilik nama Izreen Azminda Aznam. Jika pada tahun-tahun sebelum ini, aktres penuh karakter ini menyambut hari lahir dengan hanya menerima hadiah seperti coklat, bunga dan anak patung, namun pada ulang tahun ke-27 pada tahun ini, ‘hadiah’ yang diperoleh amat berbeza dan istimewa.

Bak bait lagu nyanyian kumpulan Ungu, Kau Tercipta Untuk Ku yang berkumandang sejurus sebelum ketibaan Izreen bersama pasangannya, Muhamad Riza Baharudin atau Riza di Dewan Gemilang, Darulaman Golf & Country Club, Jitra, Kedah yang menjadi lokasi pernikahan mereka, nyata Riza pula ‘dicipta' Tuhan untuk Izreen.

Mereka disatukan menerusi simpulan tali suci pernikahan yang mahu diikat kuat hingga nafas terakhir. Dengan dua kali lafaz penuh berkat, ijab dan kabul maka termeterai janji setia bagi membina bahtera bahagia bergelar suami isteri.

“Ini hadiah ulang tahun kelahiran paling besar dan cukup istimewa bagi saya. Riza sudi mengahwini saya. Bukan mudah untuk mencari lelaki yang mahu memberi komitmen,” tutur Izreen.

Pemilihan tarikh ini juga cukup istimewa bagi Izreen kerana ia ditetapkan sendiri ibunya, Azizah Hasan dan siapa lagi, kalau bukan Riza.

“Saya seorang yang sangat pelupa, tidak ingat tarikh penting. Jadi ibu dan Riza memilih 30 Ogos bagi mudah saya ingat kerana ia tarikh kelahiran saya dan kini menjadi tarikh pernikahan kami,” tutur Izreen yang cukup terkenal menerusi drama rantaian Juvana dan Tentang Dhia itu.

Debaran berakhir

Pasangan raja sehari itu selamat diijab kabul bapa Izreen sendiri, Mohd. Aznam Mohd. Noor tepat pukul 9.50 malam sambil bersaksikan Zakaria Abd. Rahman, 61, dan Mohamad Abdullah, 55. Dengan sembilan dulang hantaran dari Riza berbalas 11 dulang dari Izreen, termaktub juga janji setia mereka hingga akhir hayat.

Wang hantaran RM19,001 berserta mas kahwin RM999 mengukuhkan lagi ikrar mereka untuk melayari bahtera rumah tangga.

Mengakui begitu berdebar menanti detik bergelar isteri Riza, kata Izreen bukan sehari dua dia menanggung ‘beban’ itu, tetapi ia bermula sejak dari tarikh menerima lamaran Riza pada akhir tahun lalu.

“Selagi majlis (perkahwinan) tidak selesai, selagi itu saya berdebar-debar. Dan rasa sebagai orang baharu, jika sebelum ini bujang sekarang sudah berdua dan ada tanggungjawab sebagai isteri,” tutur Izreen yang merupakan anak kedua dari tiga beradik itu.

Dalam pada itu disebabkan inilah pertama kali bergelar isteri, Izreen yang begitu teruja melihat ikatan perkahwinannya itu sebagai pengalaman baharu yang amat mencabar.

“Ketika Riza mula melamar dan saya menerimanya, bermakna saya sedia memikul tanggungjawab sebagai isteri. Riza seorang yang romantik bagi perempuan macam saya yang kasar dan ada kala agresif.

“Saya kuat memberontak tetapi Riza tenang sahaja. Saya berharap Riza dapat menjaga saya dengan penuh tanggungjawab dan sebaik mungkin serta menyayangi saya dengan sepenuh hati,” bicara Izreen sambil menguntum senyuman manis.

Riza yang cukup mesra ketika ditemui wartawan usai majlis akad nikah, pantas berkata: “Apabila tiba tarikh ini (di masa hadapan) saya kena beri dua hadiah kepada Izreen. Lagipun kami dapat meraikannya serentak sebagai ulang tahun kelahiran dan perkahwinan.”

Riza pula mengakui dia juga turut dilanda debaran, terutama sejurus sebelum upacara akad nikah dijalankan.

“Saya amat bersyukur kerana debaran menjadi suami berakhir dengan baik. Ini tanggungjawab Allah kepada saya,”' ujar jurukamera yang sudah enam tahun bergiat aktif dalam industri perfileman itu.

Bagi lelaki berusia 29 tahun itu, ini bukan perkahwinan kali pertamanya kerana ‘masjid’ yang dibina sebelum ini tidak ke penghujung.

“Saya akan menjaga Izreen seperti saya jaga diri saya dan menyayangi dia lebih dari sayang diri sendiri. Saya tidak mahu ulang apa yang berlaku sebelum ini iaitu bernikah dan bercerai. Kalau boleh biar perkahwinan ini sampai akhir hayat,” ujar Riza yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

Mengulas mengenai sikap kasar Izreen pula, kata Riza, isterinya itu tetap menyerlah sisi kelembutan dalam dirinya dan itulah yang nyata telah berjaya memikat hatinya.

“Saya nampak sifat keibuan Izreen apabila melayan kanak-kanak. Moga Izreen menjadi isteri solehah, untuk mendidik dan menjaga anak-anak saya sampai pandai dan jangan cepat marah,” seloroh Riza yang mengimpikan tiga orang cahaya mata.

Hikmah kontroversi

Apabila menyebut nama Izreen dan Riza, sejarah ‘hitam’ tidak boleh lari dari diari hidup mereka dengan himpitan kontroversi. Izreen diuji gara-gara pernah mendakwa bercinta dengan aktor Johan As’ari yang bergandingan dengannya dalam drama Juvana, sedangkan Johan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Justeru apabila perancangan Izreen dan Riza untuk bertunang dicium media, timbul pula kontroversi pada pihak Riza. Seperti biasa laman internet menjadi medan yang kononnya cuba membogelkan kisah sebenar Riza sekali gus dilihat sebagai percubaan dalam menghalang pertunangan mereka.


Kononnya dalam salah sebuah blog gosip ada individu tertentu yang didakwa menghantar emel menampilkan kenyataan pencetus daripada seorang pengurus produksi yang hanya dikenali sebagai Rafeda. Dakwa Rafeda, dia merupakan tunangan Riza dan Izreen pula dilabelkan sebagai perampas tunangan orang.

Tidak cukup dengan itu, Riza juga didakwa pernah berkahwin dengan bekas isteri pelakon Badrul Muhayat, Julia Daud yang mana kes mereka juga pernah menjadi isu panas apabila Badrul meninggalkan Julia yang ketika itu sarat mengandung anak pertama mereka.

Rafeda juga mendakwa dia dan Riza pernah bercuti ke luar negara dan masih menyimpan segala bukti yang berupa gambar-gambar dan rakaman video sepanjang percutian mereka itu. Rafeda turut didakwa pernah mengandung anak luar nikah daripada benih Riza, tetapi Riza telah mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan Rafeda kerana ketika itu Riza masih bergelar suami kepada Julia.

Dari sudut pandang Izreen, kontroversi itu banyak mengajarnya supaya lebih berhati-hati pada kemudian hari dan percaya apa yang berlaku itu ada hikmah.

“Ia mengajar saya menjadi lebih baik. Saya berjumpa dengan orang yang lebih baik. Fikir positif ke depan, kontroversi mengajar saya sebagai pendatang baharu dalam industri,” tutur Izreen.

Menurut Izreen, ketika mengharungi kontroversi tersebut, dia menerima banyak sokongan serta semangat daripada keluarga, rakan-rakan dan peminat sekali gus dapat mengharungi tahun 2012 dengan ‘bersih’.

“Tahun ini membuatkan saya boleh bernafas dengan tenang sebab tahun lepas nak buat kerja pun tidak boleh. Apa pun, tahun ini saya banyak dekatkan diri dengan penonton menerusi karakter dalam lakonan dan banyak fokus kepada kerjaya. Peminat mengenali saya dengan lakonan, bukan lagi kontroversi.

“Apa yang berlaku, kita perlu selidik dahulu. Harap dengan pernikahan ini dapat menutup kontroversi lalu dan mendatang. Saya minta peminat doakan yang terbaik untuk kami,” ujar Izreen yang membintangi dua buah filem pada tahun depan iaitu Pecah dan Pak Pong.

Riza yang turut menjadi ‘watak utama’ dalam pakej kontroversi itu sudah tidak mahu lagi mengingatinya kerana telah menjelasnya sebelum ini dan meminta pihak terbabit tampil dengan bukti.

“Tiada pun pihak yang tampilkan bukti. Nyata perkara ini fitnah dan tidak wujud sebaliknya sengaja diada-adakan. Kami harus saling mempercayai,” ujar Riza yang terlibat dalam penggambaran drama bersiri 13 episod, Monumen Cinta untuk slot Lestari selepas ini. - Kosmo

REMAJA MAUT SELEPAS BERMAIN VIDEO GAME 40 JAM TANPA HENTI!



Seorang remaja ditemui mati di kafe siber selepas dikatakan bermain permainan video selama 40 jam tanpa henti.
Remaja lelaki berusia 18 tahun itu dipercayai rebah ketika sesi marathon Diablo 3.
Dia ditemui oleh pekerja kafe siber di Tainan, di selatan negara ini. Mangsa dipercayai tidak makan selama dua hari.
Pemain permainan itu setakat ini hanya dikenali dengan nama keluarganya, Chuang.Pada pagi 15 Julai lalu, seorang pekerja yang memasuki kafe siber itu menemui Chuang berehat di meja.
Selepas pekerja itu membangunkannya, dia berdiri, bejalan beberapa langkah dan kemudian rebah.Dia disahkan mati sejurus selepas tiba di hospital.
Polis sedang menyiasat punca kematiannya dan bedah siasat masih dijalankan. Duduk di tempat sama dalam tempoh lama dipercayai menimbulkan masalah kardiovaskular kepada Chuang.
Ia adalah kematian kedua akibat bermain permainan video di negara itu tahun ini. Pada Februari lalu, seorang lelaki ditemui mati di New Taipei, longlai di kerusi menghadap komputer dengan tangannya masih memegang papan kekunci selepas bermain selama 23 jam.

4 September 2012

Makhluk Pelik Yang Dijumpai Di Gunung


Seekor makhluk pelik ditemui di sebuah pergunungan dalam keadaan yang cukup sifat dari segi fizikalnya. Namun identiti makhluk tersebut langsung tidak diketahui kerana tidak pernah dijumpai sebelum ini,
Makhluk Pelik Yang Dijumpai Di Gunung | Seekor haiwan aneh ditemui di sebuah pergunungan dalam keadaan seperti sudah mati kekeringan tetapi meninggalkan jasad yang masih sempurna.Haiwan misteri seakan-akan seperti belut ini masih dalam keadaan sempurna fizikalnya. Namun nama secara spesifiknya masih lagi tidak diketahui lagi. Adakah makhluk misteri itu adalah makhluk asing? Mari kita lihat gambar pelik makhluk misteri yang dijumpai disebuah gunung.
Sekali pandang macam ikan belut, ada juga seperti ikan keli. Keadaan fizikalnya juga agak menakutkan. Korang berani ke makan haiwan ini? hehe..

PERTANDINGAN PAYUDARA TERCANTIK DI THAILAND (18SX)






Peraduan Payudara Paling Cantik di Thailand - Bukan sekadar cantik sahaja, sudah tentu saiz payudara akan menentukan rating terbaik daripada juri.Pertandingan ini menawarkan wang bernilai 10.000 Baht (Rm992.70)