Labels

6 September 2012

VIDEO INSPEKTOR POLIS BELASAH PEKERJA HOTEl




Adalah agak malang di saat pihak pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysi (PDRM) berusaha membersihkan imej pasukan itu, masih ada yang gagal memahami visi dan misi yang ingin diterapkan sehingga sanggup bertindak ‘ala samseng’ hanya kerana salah faham yang boleh diselesaikan cara baik dan tanpa paksaan.

Begitulah apa yang terjadi di Seremban, Negeri Sembilan apabila seorang pegawainya yang berpangkat inspektor berusia 32 tahun telah datang ke hotel bersama tiga rakannya untuk menginap.

Difahamkan, berlaku pertengkaran antara pegawai polis itu dengan dua pekerja hotel di kaunter lobi dipercayai berpunca daripada salah faham berhubung pemulangan duit baki pembelian aiskrim.
Kejadian selama 10 minit itu turut dirakam kamera rakaman litar tertutup (CCTV) hotel.
Dia kemudiannya didakwa mencederakan seorang pekerja hotel bertaraf dua bintang itu.

Apapun tindakan pantas pihak polis menahan inspektor berkenaan patut dipuji kerana ini menunjukkan mereka tidak ‘memilih bulu’ dalam menjalankan tugas walaupun yang ditahan itu adalah pegawai mereka sendiri.

Yang pasti, kita sedang menunggu apa hasil siasatan dan kita berharap dia akan segera dihadapkan ke muka pengadilan agar mendapat pengadilan yang sewajarnya.

Semoga tingkah laku buruk dalam PDRM dan agensi penguatkuasa lain akan terus dibendung, malah kalau boleh ‘dihapuskan’ terus bagi mengembalikan imej dan keyakinan orang ramai terhadap mereka.

Sayang, kesungguhan pegawai dan anggota polis siang malam bertugas demi menjaga keselamatan kita ‘dicemarkan’ oleh tindakan segelintir mereka yang tidak bertanggung jawab ini!


0 comments:

Post a Comment