21 September 2012

Filem Hina Islam Innocence Of Muslims

Filem dan dokumentari menghina Rasulullah S.A.W dan Islam secara keseluruhannya berulang kembali.Filem Innocence of Muslims yang di arahkan oleh pengarah filem berketurunan Israel Sam Bacile menimbulkan kemarahan umat Islam sehinggakan seorang diplomat Amerika Syarikat terbunuh dalam serangan di Libya.Dan atas sebab ini jugak,Amerika Syarikat akan membalas serangan kematian Christopher Stevens yang disahkan terbunuh dalam serangan roket ke atas pejabat konsul di Benghazi,Libya semalam.Ini bukan kali pertama Islam dihina dengan pengunaan filem.Pada tahun 2004,Theo van Gogh pengarah berusia 47 tahun dari Belanda telah mengeluarakan sebuah filem bertajuk 'Submission" yang menceritakan tentang ketidakadilan Agama Islam terhadap hak wanita dan mempersendakan secara terang-terangan kesucian Islam. 

innocence of muslim 

Theo van Gogh kemudiannya di tembak dan ditikam di bahagian dada oleh Mohammed Bouyeri seorang muslim campuran Belanda-Morocco berusia 26 tahun pada 2 November 2004.Dan kemudiannya pada tahun 2005,sebanyak 12 karikatur Nabi Muhammad SAW dalam sebuah akhbar di Denmark telah disiarkan dan menimbulkan kemarahan Umat Islam di seluruh dunia.Kemudian pada 27 Mac 2008,sebuah Filem pendek berjudul Fitna telah di siarkan di Internet oleh ahli parlimen Belanda Geert Wilders pada 27 Mac 2008.Geert Wilders dalam filem Fitna ini melabelkan Nabi Muhammad S.A.W sebagai ‘orang gasar dan fidofilia’ dan Wilders menyamakan Islam dengan fasisme .Kitab al-Quran disamakan dengan buku Mein Kampf milik Adolf Hitler.Kemudiannya pada tahun 2012 ini sebuah filem Innocence of Muslims oleh Sam Bacile yang menelan kos sebanyak (RM15.3 juta) yang mendapat bantuan dana 100 orang dermawan Yahudi.Apa masalah dengan dia?Kononnya Islam bagi diri dia seperti satu cancer dan filem ini sebagai satu elemen provokatif yang menunjukkan Islam itu sememangnya berunsurkan keganasan.

Sehingga kini, setiap negara di dunia telah mengadakan kempen anti filem Innocence of Muslims untuk memerangi filem tersebut daripada terus berleluasa di dunia.
 





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...