Labels

23 November 2011

Imej Hantu Perempuan Dikesan Di Singapura


Imej hantu perempuan secara tidak sengaja dirakam di sekitar Orchard Road di Singapura pada satu pagi lapor oleh seorang individu. Tambah beliau, hantu tersebut dikesan ketika dia dalam perjalanan pulang bersama teman istimewanya dan berbual-bual di sekitar kawasan itu. Hantu itu berupa sebagai seorang perempuan yang berpakaian serba putih
PANAS!! - Dapatkan Lubuk Rahsia Fanpage Di Sini... 
PANAS!! - Hei, Si Gemuk! Jangan Klik Kat Sini! 
PANAS - Kedai Handbag - Dapatkan Handbag Murah Dan Berkualiti Disini...!
2 Imej Hantu Perempuan Dikesan Di Singapura
Hantu tersebut dipercayai melintas jalan tersebut dan secara tidak sengaja, mereka terlihatnya.Hantu tersebut diberitahu tiba-tiba menghilang secara tidak sengaja dan muncul kembali dan menghilang kembali setelah kelihatan seolah-olah dilanggar oleh sebuah teksi. Diberitahu bahawa selepas terlihat kejadian itu, mereka semua menjerit dan berlari kerana ketakutan kerana di fahamkan disitu pernah berlaku kemalangan dan mungkin mengakibatkan kemalangan jiwa suatu ketika dulu.
Ramai yang tidak percaya akan kewujudan hantu. Pada pendapat saya, hantu itu wujud! Hantu adalah jelmaan jin ataupun syaitan dalam bentuk tertentu pada masa tertentu dan dengan tujuan tertentu. Mereka juga makhluk Allah dan segala kejadian diluar hijab pengetahuan dan ilmu manusia.

Virus Lucah Menyerang Facebook ?



images Virus Lucah Menyerang Facebook ?
Kebelakangan ini, ramai antara kita kononnya “diganggu” virus dimana gambar-gambar lucah kerap kali muncul di news feed mereka dan menyangka ia adalah satu virus terbaru di laman media sosial iaitu Facebook. Tambahan pula, pos berantai dari sumber tidak dikenal pasti tersebar dan disebar dan ia merebak di mana-mana sahaja bahawa kononnya itu adalah virus terkini di Facebook.
Sebenarnya tidak. Itu bukan virus. Memang ia kelihatan seperti virus yang terdahulu tetapi sebenarnya anda salah. Facebook sekarang semakin dikemaskini dan diperbaharui. Facebook sekarang kelihatan sedikit baharu pada bahagian-bahagian tertentu dan dari segi sistemnya. Ini adalah perbezaan sebenar virus dan bukan virus :
Virus:
Anda terlihat gambar lucah yang sudah disebarkan olh virus hasil klik kawan Facebook anda terdahulu. Anda klik gambar tersebut dan gambar tersebut akan sebarkan kepada 20 kawan anda yang terdapat dalam senarai kawan facebook anda secara anda tidak sedar atas nama anda.
Bukan Virus :
Kawan Facebook anda terlihat gambar lucah tersebut dan dia mengklik LIKE atau meninggalkan komen dan gambar itu akan tersebar di news feed kawan-kawan Facebook dan juga anda sendiri. INI MEMANG SISTEM FACEBOOK SEKARANG. Bukan virus! Tidak percaya? Pergi buka bahagian komen dan cari sendiri jika mereka ada komen disitu dan komen itu selalunya dalam Bahasa Melayu jika teman Facebook anda itu Melayu atau orang Malaysia. Virus Facebook hanya dalam Bahasa Inggeris. Jika anda kenal kawan Facebook anda itu, cuba tanya sama ada beliau ada komen atau tidak. DONE! – http://awanfantasia.com/

6 November 2011

cerita tentang penjara pudu



 tempat di mananya pesalah-pesalah di gantung





Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja.

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. (maaf salah letak gambar)

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. 

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka di tali gantung.