Labels

8 May 2012

Majlis Perkahwinan Awal – Scha


Corat-Coret Majlis Perkahwinan Awal – Scha

Dalam majlis akad nikah dan persandingan Awal dan Scha, ada beberapa perkara menarik yang ingin GUA kongsikan bersama anda. Cuba semak senarai di bawah:-

1) Untuk kedua-dua majlis, Awal masuk ke dalam dewan terlebih dahulu sebelum Scha.

2) Keluarga Awal mengenakan pakaian berwarna coklat untuk kedua-dua majlis.Manakala keluarga Scha memilih warna biru firus.

3) Sejurus selamat diijabkabul, Pegawai Agama, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Putrajaya, Ustaz Mohd. Salman Idris terus mengingatkan Awal supaya menunaikan Solat Sujud Syukur untuk mendapat keberkatan.

4) Mas kahwin berjumlah RM2050 hanya diserahkan kepada Scha selepas Awal selesai menunaikan Solat Sujud Syukur.

5) Acara Berinai Besar turut diadakan selepas akad nikah kerana pasangan pengantin ini ingin menggayakan persalinan songket yang ditaja oleh Atikah Songket.



6) Majlis pernikahan dan persandingan pasangan ini dipenuhi dengan rangkap-rangkap pantun penuh puitis.

7) Pentas di mana Awal menunggu ketibaan Scha di majlis persandingan di namakan ‘Laman Manis’.

8) Selain mendapat sekotak manisan kurma, tetamu turut dihadiahkan dengan sebotol haruman Eternal Magic (AVON) yang berharga RM69.00.

9) Pasangan pengantin ini hanya menggunakan bungaan segar untuk kedua-dua majlis. Difahamkan harga  bunga-bungaan ini mencecah puluhan ribu.

10) Pada majlis persandingan, tetamu dilihat sanggup beratur panjang semata-mata untuk bersalaman dengan pasangan pengantin sebelum bertolak pulang

15 January 2012

Cerita Lucu Hari jadi

Anak   : Mama bila hari jadi saya ?

Mama : 12/12/2001


Anak   : Ohh,   mama nanti bila hari jadi ,, saya nak ada party ya mak


Mama : Boleh nanti mama aturkan ye



Anak   : Mama boleh saya ajak kawan2 ke mama

Mama : boleh nanti mama aturkan jemputanye



Anak   : Mama nanti hari jadi saya,  saya nak pakai baju pink boleh

Mama : ??  boleh nanti mama beli kan


Anak   : Semua pink ye mama


Ibu      : ??ermm   boleh nanti mama belikan



Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.


Anak   : Mama ramai nye orang

Mama : Ye banyak orang kan,.

.
Anak   : Ma..boleh saya pakai lipstick tak

Mama : Tak Boleh!!

Anak   : Ala mama    hari jadi nie hanya setahun sekalije  boleh le ye

Mama : Tak Boleh!! kamu boleh adakan party, jemput kawan2, kamu dah pakai baju baru yang
serba pink   Tapi lipstick Tak BOLEH


Anak   : Ala mama boleh le   plssss boleh ye plss

Mama : HAIKAL!!  ,,,  mak kata tak boleh, tak boleh lah  kamu tu lelaki paham!!!     Lelaki.....     

                                                                                                                                

3 December 2011

Minuman Tin Pepsi Dan Coke Tercemar Darah HIV


AMARAN
percaya atau tidak terserah kepada anda

Panas mesej SMS minuman tin syarikat Pepsi, Coca cola dan lain-lain dikatakan tercemar dengan darah HIV. Pada hari ini, terkejut juga sebab saya telah menerima sistem pesanan ringkas (SMS) bahawa ada pekerja yang telah mencemarkan minuman tin dengan menitiskan darahnya yang berpenyakit HIV kedalam minuman tin berkenaan.
Berikut adalah mesej tersebut yang dihantar :
Utk beberapa hari akan datang, jangan mengambil minuman dari mana – mana produk dari syarikat Pepsi, Tropicana juice, Slice, 7UP, Coke dan lain – lain kerana ada pekerja dari syarikat itu telah menambah darahnya yang tercemar dengan HIV. . Sebarkan kepada orang tersayang
Apapun, kesahihan mesej ni masih lagi belum dibuktikan benar. Yang paling menakutkan mesej tu ditulis tentang minuman tin tercemar HIV. Apa yang pasti, ada kemungkinan juga mesej ni sengaja untuk menakutkan orang ramai supaya tidak lagi membeli minuman tin.